Program lawatan ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Landskap dan Nurseri. Dengan adanya lawatan sebegini dapatlah memberi peluang kepada ahli persatuan melihat dengan lebih dekat rekabentuk landskap dan kesesuaian penanaman tumbuhan dengan sesuatu ruang yang ingin diwujudkan. Selain itu lawatan ini juga dapat memberi pendedahan mengenai tumbuhan hiasan yang terdapat di negara kita dengan lebih dekat.
Lawatan ini secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan ke arah Malaysia dalam taman dan menarik minat cintakan alam sekitar serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dan sains hayat.
Diharapkan dengan adanya lawatan ini, pelajar-pelajar dapat:
SASARAN :
40 orang ahli Persatuan Landskap & Nurseri , SMK Sungai Pusu.
TEMPAT YANG DILAWATI
1. Festival Floria, Putrajaya
2. Taman Botani, Putrajaya
3. Taman Pertanian, Putrajaya
29 OGOS 2007 ( RABU )
7.30 pagi Berkumpul dan taklimat lawatan di kantin sekolah
7.40 pagi Taklimat oleh guru dan bacaan doa
8.30 pagi Menaiki bas dan bertolak ke Festival Floria, Putrajaya
9.00 pagi Tiba di Festival Floria
Lawatan ke Festival Floria
11.30 pagi Tiba di Taman Warisan
Makan di Penanggah rehat sebentar
12.30 tgh Melawat ke Taman Warisan
Penerangan oleh En Abu Bakar mengenai penghasilan getah keping
1.30 ptg Solat di Surau Taman Warisan
2.00 ptg Lawatan ke Taman Botani
Penerangan dengan lebih terperinci mengenai Taman Botani
Ke Istana Maroco, Islamic Garden
5.35 ptg Sampai di SMK Sungai Pusu