Panitia Landskap dan Nurseri, SMK Sungai Pusu

selamat datang ke laman web kami

PENGENALAN

Landskap dan Nurseri ialah salah satu daripada pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah (KBSM). Pengubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat usahawan di kalangan dalam bidang teknologi pertanian serta memenuhi hasrat negara untuk mewujudkan Negara dalam Taman.

Bermula pada 2002, mata pelajaran ini adalah satu mata pelajaran elektif dalam KBSM yang ditawarkan di peringkat menengah atas secara berperingkat. Di SMK Sungai Pusu mata pelajaran ini telah diperkenalkan pada tahun 2005.

LATAR BELAKANG LANDSKAP & NURSERI

Subjek ini mula dibuka pada tahun 2005 dengan pelajar seramai 20 orang sebagai perintis di mana pada tahun 2006 pelajar ambilan pertama Landskap dan Nurseri menduduki SPM. Bagi pengambilan sesi seterusnya bolehlah lihat pada statistik pengambilan.

Terdapat dua kelas Landskap iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang diberi nama 4MPV dan 5MPV. Subjek ini sekarang mempunyai dua orang tenaga pengajar yang memiliki opsyen Landskap dan Nurseri serta pembantu bengkel yang bertauliah.

MOTTO MPV SMKSP

MAHIR    PENGETAHUAN     VOKASIONAL